Pages

Monday, September 24, 2018

JERAGAT

Dapat kol dari customer risau kulit makin jeragat. Umur 50an ..😏
.
.
.
Ok, kalau umur 50an ni kalau jeragat banyak maknanya dr awal kita ni jenis mmg tak aware pasal kulit kita.
.
Jeragat ni mmg akan mula timbul seawal 30an. Kalau 20an dah ada kira anda kena jaga² la.
.
Kenapa tumbuh jeragat?🤔🤔🤔
.
Ok 1st, mukin persekitaran kerja kita, kawasan tempat tinggal kita. Perhatikan adakah kita kerja yg sentiasa berekon, berpanas atau bagaimana. Dari situ punca salah satu jeragat mula timbul. Pastu kita pulakntak jaga kan. Malas nak tepek moist, pelindung wajah...
.
Kedua, kalau haid tidak teratur juga faktor jeragat. Bila ada masalah haid tak diatasi, susah sesuatu produk nak beri kesan.walau produk itu bagus.
.
Ketiga, salah pilih produk. Produk jeragat mestilah mampu memulihkan kesihatan kulit. Ramai nk cerah dgn cepat. Jadi, ramai tersalah produk peeling atau ada bhn kimia terlarang. Kulit jd mengelupas dan pedih. Memang nampak jeragat pudar dgn cepat. Tapi sebenarnya jeragat hilang bersama kulit luar yg sepatutnya melindungi kulit kita.😅
.
Jd kulit jd sensitif pd matahari dan mata.So dapatkan konsultasi btl² pasal skincare korang.
.
Banyak sebab punca jeragat. Pada auntie.ni tadi ina.suggest minum elmarino secara konsisten dan facial 2 minggu atau seminggu sekali... inshaallah auntie ni nmpk all the sagging n jeragat akan semakin berkurang..kedut juga makin berkurang kulit muka pun makin glowing.😘

Eyna Homefacial
www.wasap.my/601110043771

Monday, September 3, 2018

SIJIL BEAUTICIAN BERTAULIAH

Alhamdulillah kekna akhirnya berjaya memajukan diri lagi selangkah bergelar beautician bertauliah.

Pada 28 Ogos yg lepas, kekna mnghadiri Intermediate Beauty Course selama sehari. Ini adalah julung² kali ke empat diadakan tahun ini dan kekna berjaya melayakkan diri. Kelas bermula jam 9 hingga 6 petang di Dewan Crown Hall, Jalan Klang Lama.

Bukan semua beautician Elysyle dapat menghadirinya memandang mereka haruslah melalui beberapa terms and conditions untuk menjadi spa owner bertauliah.

Kekna bebesar hati kerana terpilih dan berjaya melalui onak dan ranjau untuk bergelar beautician bertauliah.

Untuk kali ini lebih kurang 200 orang menyertainya. Orang lelaki pun ada tau memandangkan ada permintaan golongan lelaki yg menjaga kulit wajah. Jadi bergelar beautician ni bukan org perempuan saja, orang lelaki pun nak duit dan cantik. Kan!

So sekarang kekna sudah melebarkan sayap kerana kekna sudah ada team yg sama² nak jana income. Pada kekna, mobile facial spa ni memang sudah banyak di pasaran tapi kekna percaya kekuatan produk kami dan team yg kuat dan viral di ig sebanyak 40k #beautycartel sudah terbukti ramai yg dah income.

Buat anda yg masih ragu²...jangan hanya tunggu dan lihat kerana inilah medium yg betul yg kami dah bantu ramaiiii org di luar sana.

Akhir kata, kekna harap korang doakan kekna berjaya menjana pendapatan, zero hutang, dan kaya dan berjaya.

Jumpa anda dipuncak kejayaan!



Tuesday, August 28, 2018

IGSW GREAT SKIN WORKSYOP SEPTEMBER

Assalamualikum...morning sahabat maya!!!
.
Ina nak update kelas yg sentiasa mendapat sambutan hangat ni...rugi u ols tak datang. Jom datang dan belajar belajar ilmu kecantikan
.
www.wasap.my/601110043771/sayanakjoinigsw
.

.
.
Sesi september dibuka lagi dengan penceramah yang berbeza masing2 dengan keistimewaan mereka   
Gilap kemahiran anda disini
.
Belajar menjaga kulit secara professional
Ketahui selok belok memantapkan kemahiran dan perniagaan mobile facial yg mudah dan mempunyai permintaan tinggi
.
Tarikh : 04/09/2018*  
Hari : Selasa*  
⏰Masa:8pm                                                                     
*Bahasa : B.Malaysia*
*Tempat : Diamond Hall, KL* 
.
Penceramah 1
*RC Farah Atiqah*
✅ Menyertai Elken sepenuh masa dari 2013 hingga mencapai gelaran Gen Y Power dengan pendapatan 5 angka
✅ Memantapkan lagi kerjaya dengan perniagaan mobile facial spa dan melahirkan ramai pemilik mobile facial spa berterusan sehingga kini. Telah melatih lebih ribuan orang beautician Elysyle
.
Penceramah 2
*RC Nurnabillah*
✅ Bekas pemilik butik andaman pengantin
✅ Mengusahakan bisnis Mobile Facial sepenuh masa dan telah mengembangkan bisnis ni dengan melahirkan ribuan pemilik bisnis mobile facial
.
Hadirkan diri & dapatkan tiket segera kerana tempat duduk sangat terhad
.
Tiket hanya RM10

Saturday, August 25, 2018

MOBILE FACIAL SPA DI SELAYANG

Assalamualaikum,

Harini nak cerita tentang customer yang amik pakej 4 sesi dengan kekna.

At first, saya tengok kulit customer tak punyai masalah jerawat cuma kulit kusam dan jeragat yg banyak.

Pn Sab memang jenis tak pakai pape produk bedak je dia kata. Pelindung pun tak pakai. Jadi, sebab tu jeragat dah mula merebak kalau tak cepat² buat treatmen dan mulakan langkah penjagaan wajah.

Kita paham wanita ni memang kalau dah makin berumur ada jenis memang malas nak pakai pape. So kerja dia pulak jenis shift, memang penat. Balik tu tak cuci muka tak bersihkan wajah seluruhnya sebab tu mula kulit makin kusam.

Jeragat ni tak boleh hilang kecuali kita buat rawatan laser. Cuma kekna boleh selamatkan rawatan akar tu dari trs merebak dan mencerah warna jeragat agar tidak terlalu terang.

So kesimpulannya, penjagaan wajah kita harus menitik beratkan supaya kos rawatan yg kita kena nanti tidaklah membebankan kita.

Simple je..cuci muka, bersihkan mekap gunakan pelembab dan spf sbg pelindung. Jangan pulak kita cepat nak putih nak cepat cantik smp abaikan pulak kualiti produk yg kita pilih iaitu PRODUK TIMBANG KILO ATAU LEBIH TEPAT LAGI PRODUK SAMPAH.

Jadi pada korang yg macam tu cepat² la sedar sebelum buah pinggang korang tergadai. Anak² muda esp. tu...kena sedari  dr awal. Makcik nasihatkan aje..nak ikut ..ikut..taknak ikut suka atilahh.

Notakaki: Muka Pn Sab makin bersih, kulit makin cerah, muka dah runcing(vshape) dan kulit makin sekata. Kan 😍. Nak tempah facial boleh wasap 01110043771

Friday, August 24, 2018

MENGAPA PERLU RAWATAN MUKA?



Umumnya, wajah kita, wanita terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi. 

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2 kali sehari. (Tidak termasuk wudu'.. ) Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka. 

Wajah kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering, jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit. Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel. 

Thursday, August 16, 2018

BEST GILER EL MARINO

Sejak semalam elmarino laku keras tau ...tq aida tq zira sbb lakukan terbaik tuk diri anda tuk gojes dan dapatkan kulit sihat dan cantik 

Sunday, June 3, 2018

KULIT SEMAKIN SIHAT, RAMBUT SEMAKIN LEBAT

Asben cakap kulit saya dah nampak putih. Eh dalam diam² dia perasan ek... yg best lagi rambut yg dulu hampir botak dah makin tumbuh balik.

Wajah dan rambut adalah mahkota wanita kan.  Walau bertudung kita tetap kena jaga rambut kita dan mesti kena jaga kulit kita. Takan nak biar botak dan kedut seblm usia.

Saya mula menjaga kulit wajah 7bulan lepas dan mula makan start menjaga pemakanan tambahan utk menjaga dalaman dan luaran. Barulah seiring.

Nanti saya akan kongsikan apa yg saya amalkan sebulan dua ni...memang sangat ohsem.

Ok nanti kita sembang lagi ye...selamat berbuka!

Monday, May 21, 2018

TEMPAT PALING HEAVEN CARI MAKANAN LAUT YANG FRESH

Pada hari Ahad yang lepas ina dan adik beradik ina telah pergi ke satu tempat yg paling best kalau nak cari makanan laut fresh.

Lama dah tak singgah kat Kuala Selangor ni. Selalu kitorang memang akan pergi ke Pasar Penambang, tapi kali ni kami singgah di Ah Heng Fishery. Orang cakap memang berbaloi la kalau beli makanan laut kat sini. BAYANGKAN ikan²udang sotong semua la baru je naik dari laut. Fresh kan?

Jarak kami dari Rawang ke sana mengambil masa 35minit je. Kalau dari KL ikut Latar dalam 1jam jugak la. So bila sampai sini jangan terkejut sebab memang banyak anjing sekitarnya. Itu memang satu ketakutan kami la. Tapi buat tak tau je la. Janji dia tak kacau kita kan. Kawasan Chinese jeti ni..memang akan terpesonan masih ada kampung yg masih kita belum terokai.

Kalau nak datang sini jangan datang waktu pagi. Datanglah pada waktu 11-1.00tengah hari ke...pastu korang bawalah duit byk². Memang tak cukup rm100. Bolehlah buat stok makanan untuk sebulan.

So, korang waze la Ah Heng Fishery tau...carilah sampai dapat...

Wednesday, April 4, 2018

Kelas Kek Premium


Jeng...jeng...jeng!

Alhamdulillah pada bulan yg lepas Ina telah pergi belajar pelbagai jenis kek premium. Berbelit² nak sebutnya. Jenuh nak ingat nama-namanya.
Kek premium ni memang super delicious ye, menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja. So ini nama-nama keknya.

Pandan Gula Melaka
Tripple Layer Choc Cheese Brownies
Marble Swirl Red Velvet Brownies
Victoria Sandwich Kek

Monday, March 19, 2018

TERIMA KASIH YANG MENEMPAH KEYCHAIN COMEL NI


Assalamualaikum sahabat yg dikasihi,


Alhamdulillah dah siapkan tempahan keychain yg comel ni dari kawan2 maya di ig dan kawan sekolah.

Friday, February 9, 2018

MALAS Vs. RAJIN


Macamana nak jadi orang yg RAJIN cuci muka dan orang yang RAJIN bersiap hari2?

Simple je, results yg sy dapat adalah hasil drpd keRAJINan sy... tu yg membuatkan sy RAJIN. 

Wednesday, January 31, 2018

SAMBAL BELACAN


Haish...lama sebenarnya tak masak beria-ia. Tapi semenjak kami anak beranak selalu kena cirit-birit. Saya rasa baik saya masak sendiri walaupun hanya ikan goreng dan sambal belacan.


Ok, masakan harini memang simple but ohsem. Sambal belacan antara makanan yg sangat menarik selera. Cuma bila dah start diet , saya makan nasi segenggam tengah hari. Sebelum kul 7 petang sy makan segenggam. Adui, terliur tgk sambal ni lebih² lagi makan dengan ikan goreng yg super duper crunchy. Ikan kembung je pun. Tak sempat snap gambar.


Ok, saya dah check gula dalam darah. Dah turun 10.4. Syukur alhamdulillah...adui...minta² turun lagi sebelum jmp doktor bulan 2 ni. Kang kena makan ubat kencing manis pulak.
Resepi sambal belacan ni sangat mudah. semua boleh buat. Sangat menyelerakan!



Resepi Sambal belacan

Cili merah sebiji
Cili api segenggam
belacan secukupnya
gula 2sudu setengah
garam sedikit
limau kasturi ikut suka..lagi banyak lagi sedap. buang biji ye
kulit limau amik la sikit buat makan pun takpe.

Makan bertambah² la  pasni
Cuba ye 😛




Tuesday, January 30, 2018

ITS TIME TO DIET AND CHANGE

Ok post kali ni memang sangat aku perlu buat SESUATU.

Tadi, satu hari aku makan manis je. berat pun kejap naik kjp turun tapi sebenarnya amat membimbangkan aku ialah gula aku tinggi sangat! 12.5!

Oh no!

So...aku pun kebimbangan melampau sampai lepas tu aku terus berbasikal 15minit, lompat2 kjp..sebab aku perlu turunkan berat badan. Almost 80kg beb! 😭

Wakeup Ina!!!
Please CHANGE!!!
U can do this!!!

Ok start harini aku perlu berubah. Aku takmo ada kencing manis di usia yg masih muda.

Please give me some support!😘

Saturday, January 20, 2018

FUDGIE BROWNIES

Minggu kepas dapat tempahan brownies dari jiran. Alhamdulillah jiran suka sangat sampai nak order 25hb ni lagi.

Siapa suka makan brownie? Saya memang suka juga, tapi sejak dah makin berumur ni saya cuba elakkan makanan manis. Memang sedap terutama kalau makan bersama kopi. Memang ohsem.

Resepi brownies memang banyak kalau kita gugel. Tapi saya nasihatkan anda pakailah butter yg berkualiti dan serbuk coklat kalau nak rasanya...haiiissh...asyik terkenang je.Memang lain ye, kalau guna butter berkualiti dengan majerin.

So, bila dah bakar biarlah dia bakar dalam oven tu diam². Jangan sesekali buka oven masa tgh bakar. Atau tukar suhu tetiba..Memang takan jadilah kek anda.

Ok...jom tengok kek saya 😘

Saturday, January 13, 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PELAJAR TAHFIZ IMTAZ

Harini ada majlis di Imtaz lagi. Kalau minggu lepas dah setel pendaftaran, minggu ni penyampaian sijil pulak bagi pelajar yang sudah habis menghafaz. Dan paling best mereka semua ditawarkan sambung belajar ke Yamen.

Monday, January 8, 2018

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Minggu lepas pemdaftaran anak teruna ke Imtaz untuk tahun baru. Alhamdulillah selesai semuanya.
Paling manis semasa perjumpaan dengan ibubapa Mudir Imtaz memberi taklimat kepada ibubapa yang baru mendaftar dia umumkan anakanda Ina adalah antara pelajar terbaik imtaz.
Sebaknya bila dengar anakanda disebut oleh mudir. Syukur2 sangat!

Wednesday, January 3, 2018

JOM MAKAN KAT FISKE STEAKHOUSE


Hai...salam pada kawan². Ni nak share lokasi makanan western kira sedap la jugak.
Nak lepak² pun ok. Cuma kalau u ols nak datang makan memang full house time 8-10pm. Lepas tu ok. Buka setiap hari kecuali Isnin. 9pagi dah buka.
Restoran ni terletak di keramat Au2. Berdekatan dengan Petronas dan kawasan kilang². Just waze u will find the place.

Monday, January 1, 2018

SANAH HELWAH ANAKKU

Teringat suatu ketika dahulu malam nak new year..saat² genting Aku batuk teruk sangat. Sambil² lipat kain batik...aku teras panas mengalir dari tut aku...eh terkencingbke hapa ni?

Aku pun bangun...panggil mak...

"Mak, apa ni? " aku kehairanan. Rasa nak pitam pun ada.

"Eh... air ketuban ni.." arwah abah tengok..sambil amik kain buruk lapik kerana air ketuban mula turun macam air kencing.

Tetiba air ketuban dah pecah...plooppp!
Gelabah bukan kepalang, suami masa tu masih belajar di Upsi...jauh pulak nak balik.

Pengalam anak pertama...nasib baik ada adik ipar masa tu dan Azilla Sunny tukang bawa g spital dan arwah abah paling tak keruan tengok aku...

Namun Ahamdulillah, semua Allah Taala aturkan dengan baik
Maka lahirlah anak mama Raja Ariiq Arsyam ke dunia di saat orang lain meriah melihat bunga api dan bergembira menyambut tahun baru.

********************

Jumpa bday boy semalam 31.12.2017.
The Only son ..rindu jangan cakap
Hari² rindu...  1.1.2018 hari lahir dia. Sempat buat kek butter untuk kawan² dia je. Budak ni muka bersahaja...mama tau abang gembira mama datang. Mama pun...tapi lelaki kan. Mana nak tunjuk 😭

Mama peluk abang, abang malu. Suruh cium pipi mama, senyum. Dalam hati,  Allahuakbar...dah besar anak mama. Dah malu²
Asyik nasihat mama..itu ini...dia pulak syarah kat kita 😁

Jumpa kejap je, makan² lepas tu balik sebab dia kena solat jemaah zohor. Mama kena balik rumah nenek cepat

Terpaksa...
Nenek pun tak sihat
Walau singkat masa kita jumpa sangat² bermakna. Mama jumpa lagi bang ye.. Mama bangga dengan abang
Biarpun abang tak sekolah "biasa" macam anak orang lain
Semoga kita sama² masuk syurga dan abang dapat tarik tangan papa dan mama di "sana"

amiin..abang anak mama yang HEBAT 😍

Selamat hari lahir sayang...Mama dan Papa dan juga adik²...sayang abang!

#01012018  #babynewyear