Umumnya, wajah kita, wanita
terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca
masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik
putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi.
Apabila
masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan
muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2
kali sehari. (Tidak termasuk wudu'.. ) Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak
cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian
lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka.
Wajah
kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering,
jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang
berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang
tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit
sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit.
Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel.
Rawatan
muka atau sepertimana kata orang sekarang, facial, perlu dibuat
sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kulit yang bermasalah perlu menjalani facial
seminggu sekali.
Rawatan
muka bertujuan untuk membuang segala kotoran yang terlekat pada kulit wajah
akibat pencemaran dan solekan yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna bagi
mengelakkan masalah-masalah seperti bintik hitam, bintik putih, jerawat dan
sebagainya akan timbul.
Produk
juga memainkan peranan yang penting untuk rawatan muka yang baik. Produk yang
menggunakan bahan kimia yang banyak lama-kelamaan akan menimbulkan masalah pada
kulit. Tentukan produk yang sesuai dengan jenis kulit sebelum menjalani rawatan
muka atau membeli produk untuk kegunaan harian.
Produk
asas yang perlu ada sebagai kegunaan harian adalah pencuci, penyegar dan
pelembab. Produk tambahan pula adalah skrub, masker, krim mata, penanggal
solekan, kawalan jerawat (untuk kulit berjerawat), rawatan tompokan (untuk
menghilangkan parut), Serum pembaikan (untuk anti-penuaan) dan lain-lain yang
dirasakan perlu termasuk losyen penghalang sinaran uv yang berbahaya kepada
kulit kita.
Dengan
persekitaran kerja dan udara yang semakin tidak sihat masa kini, wajarlah kita
menjaga kulit wajah, menjalani rawatan wajah dan melindungi sebaiknya. Bagi
saya, senang saja. Mencegah lebih baik dari mengubati. Atau anda mahu kelihatan
tua sebelum masa?
Walaupun
anda bekerja ditempat yang redup dan menggunakan pendingin udara, tidak
bermaksud kulit anda terlindung sepenuhnya. Pendingin udara sebenarnya
mengeringkan kulit muka dan menjadikan kulit anda cepat berkedut sebelum waktu.
Alangkah bahayanya jika kulit wajah kita tidak dilindungi sepenuhnya.
Jadi,
amalan harian yang perlu anda lakukan adalah, pencuci, penyegar dan pelembab.
Sementara yang perlu anda lakukan 2 kali seminggu semua yang asas termasuk
skrub dan mask. Jika anda sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan, jadikan
ini sebagai amalan anda. Di samping mengambil makanan dan suplimen yang tubuh
anda perlukan. Insya Allah. Anda akan lebih kelihatan sihat dan
meyakinkan.
Sekian
dulu. Ingat ya, no woman are born ugly, they only can be lazy.
Nak tempah Mobile Home Facial boleh contact kekna 011-10043771. Kita relax-relax dan manjakan diri.
"Do what you love, Love what u do"


No comments:
Post a Comment