Pages

Monday, January 1, 2018

SANAH HELWAH ANAKKU

Teringat suatu ketika dahulu malam nak new year..saat² genting Aku batuk teruk sangat. Sambil² lipat kain batik...aku teras panas mengalir dari tut aku...eh terkencingbke hapa ni?

Aku pun bangun...panggil mak...

"Mak, apa ni? " aku kehairanan. Rasa nak pitam pun ada.

"Eh... air ketuban ni.." arwah abah tengok..sambil amik kain buruk lapik kerana air ketuban mula turun macam air kencing.

Tetiba air ketuban dah pecah...plooppp!
Gelabah bukan kepalang, suami masa tu masih belajar di Upsi...jauh pulak nak balik.

Pengalam anak pertama...nasib baik ada adik ipar masa tu dan Azilla Sunny tukang bawa g spital dan arwah abah paling tak keruan tengok aku...

Namun Ahamdulillah, semua Allah Taala aturkan dengan baik
Maka lahirlah anak mama Raja Ariiq Arsyam ke dunia di saat orang lain meriah melihat bunga api dan bergembira menyambut tahun baru.

********************

Jumpa bday boy semalam 31.12.2017.
The Only son ..rindu jangan cakap
Hari² rindu...  1.1.2018 hari lahir dia. Sempat buat kek butter untuk kawan² dia je. Budak ni muka bersahaja...mama tau abang gembira mama datang. Mama pun...tapi lelaki kan. Mana nak tunjuk 😭

Mama peluk abang, abang malu. Suruh cium pipi mama, senyum. Dalam hati,  Allahuakbar...dah besar anak mama. Dah malu²
Asyik nasihat mama..itu ini...dia pulak syarah kat kita 😁

Jumpa kejap je, makan² lepas tu balik sebab dia kena solat jemaah zohor. Mama kena balik rumah nenek cepat

Terpaksa...
Nenek pun tak sihat
Walau singkat masa kita jumpa sangat² bermakna. Mama jumpa lagi bang ye.. Mama bangga dengan abang
Biarpun abang tak sekolah "biasa" macam anak orang lain
Semoga kita sama² masuk syurga dan abang dapat tarik tangan papa dan mama di "sana"

amiin..abang anak mama yang HEBAT 😍

Selamat hari lahir sayang...Mama dan Papa dan juga adik²...sayang abang!

#01012018  #babynewyear

No comments:

Post a Comment