Umumnya, wajah kita, wanita
terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca
masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik
putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi.
Apabila
masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan
muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2
kali sehari. (Tidak termasuk wudu'.. ) Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak
cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian
lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka.
Wajah
kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering,
jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang
berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang
tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit
sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit.
Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel.