Pages

Tuesday, August 28, 2018

IGSW GREAT SKIN WORKSYOP SEPTEMBER

Assalamualikum...morning sahabat maya!!!
.
Ina nak update kelas yg sentiasa mendapat sambutan hangat ni...rugi u ols tak datang. Jom datang dan belajar belajar ilmu kecantikan
.
www.wasap.my/601110043771/sayanakjoinigsw
.

.
.
Sesi september dibuka lagi dengan penceramah yang berbeza masing2 dengan keistimewaan mereka   
Gilap kemahiran anda disini
.
Belajar menjaga kulit secara professional
Ketahui selok belok memantapkan kemahiran dan perniagaan mobile facial yg mudah dan mempunyai permintaan tinggi
.
Tarikh : 04/09/2018*  
Hari : Selasa*  
⏰Masa:8pm                                                                     
*Bahasa : B.Malaysia*
*Tempat : Diamond Hall, KL* 
.
Penceramah 1
*RC Farah Atiqah*
✅ Menyertai Elken sepenuh masa dari 2013 hingga mencapai gelaran Gen Y Power dengan pendapatan 5 angka
✅ Memantapkan lagi kerjaya dengan perniagaan mobile facial spa dan melahirkan ramai pemilik mobile facial spa berterusan sehingga kini. Telah melatih lebih ribuan orang beautician Elysyle
.
Penceramah 2
*RC Nurnabillah*
✅ Bekas pemilik butik andaman pengantin
✅ Mengusahakan bisnis Mobile Facial sepenuh masa dan telah mengembangkan bisnis ni dengan melahirkan ribuan pemilik bisnis mobile facial
.
Hadirkan diri & dapatkan tiket segera kerana tempat duduk sangat terhad
.
Tiket hanya RM10

Saturday, August 25, 2018

MOBILE FACIAL SPA DI SELAYANG

Assalamualaikum,

Harini nak cerita tentang customer yang amik pakej 4 sesi dengan kekna.

At first, saya tengok kulit customer tak punyai masalah jerawat cuma kulit kusam dan jeragat yg banyak.

Pn Sab memang jenis tak pakai pape produk bedak je dia kata. Pelindung pun tak pakai. Jadi, sebab tu jeragat dah mula merebak kalau tak cepat² buat treatmen dan mulakan langkah penjagaan wajah.

Kita paham wanita ni memang kalau dah makin berumur ada jenis memang malas nak pakai pape. So kerja dia pulak jenis shift, memang penat. Balik tu tak cuci muka tak bersihkan wajah seluruhnya sebab tu mula kulit makin kusam.

Jeragat ni tak boleh hilang kecuali kita buat rawatan laser. Cuma kekna boleh selamatkan rawatan akar tu dari trs merebak dan mencerah warna jeragat agar tidak terlalu terang.

So kesimpulannya, penjagaan wajah kita harus menitik beratkan supaya kos rawatan yg kita kena nanti tidaklah membebankan kita.

Simple je..cuci muka, bersihkan mekap gunakan pelembab dan spf sbg pelindung. Jangan pulak kita cepat nak putih nak cepat cantik smp abaikan pulak kualiti produk yg kita pilih iaitu PRODUK TIMBANG KILO ATAU LEBIH TEPAT LAGI PRODUK SAMPAH.

Jadi pada korang yg macam tu cepat² la sedar sebelum buah pinggang korang tergadai. Anak² muda esp. tu...kena sedari  dr awal. Makcik nasihatkan aje..nak ikut ..ikut..taknak ikut suka atilahh.

Notakaki: Muka Pn Sab makin bersih, kulit makin cerah, muka dah runcing(vshape) dan kulit makin sekata. Kan 😍. Nak tempah facial boleh wasap 01110043771

Friday, August 24, 2018

MENGAPA PERLU RAWATAN MUKA?



Umumnya, wajah kita, wanita terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi. 

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2 kali sehari. (Tidak termasuk wudu'.. ) Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka. 

Wajah kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering, jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit. Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel. 

Thursday, August 16, 2018

BEST GILER EL MARINO

Sejak semalam elmarino laku keras tau ...tq aida tq zira sbb lakukan terbaik tuk diri anda tuk gojes dan dapatkan kulit sihat dan cantik 

Sunday, June 3, 2018

KULIT SEMAKIN SIHAT, RAMBUT SEMAKIN LEBAT

Asben cakap kulit saya dah nampak putih. Eh dalam diam² dia perasan ek... yg best lagi rambut yg dulu hampir botak dah makin tumbuh balik.

Wajah dan rambut adalah mahkota wanita kan.  Walau bertudung kita tetap kena jaga rambut kita dan mesti kena jaga kulit kita. Takan nak biar botak dan kedut seblm usia.

Saya mula menjaga kulit wajah 7bulan lepas dan mula makan start menjaga pemakanan tambahan utk menjaga dalaman dan luaran. Barulah seiring.

Nanti saya akan kongsikan apa yg saya amalkan sebulan dua ni...memang sangat ohsem.

Ok nanti kita sembang lagi ye...selamat berbuka!

Monday, May 21, 2018

TEMPAT PALING HEAVEN CARI MAKANAN LAUT YANG FRESH

Pada hari Ahad yang lepas ina dan adik beradik ina telah pergi ke satu tempat yg paling best kalau nak cari makanan laut fresh.

Lama dah tak singgah kat Kuala Selangor ni. Selalu kitorang memang akan pergi ke Pasar Penambang, tapi kali ni kami singgah di Ah Heng Fishery. Orang cakap memang berbaloi la kalau beli makanan laut kat sini. BAYANGKAN ikan²udang sotong semua la baru je naik dari laut. Fresh kan?

Jarak kami dari Rawang ke sana mengambil masa 35minit je. Kalau dari KL ikut Latar dalam 1jam jugak la. So bila sampai sini jangan terkejut sebab memang banyak anjing sekitarnya. Itu memang satu ketakutan kami la. Tapi buat tak tau je la. Janji dia tak kacau kita kan. Kawasan Chinese jeti ni..memang akan terpesonan masih ada kampung yg masih kita belum terokai.

Kalau nak datang sini jangan datang waktu pagi. Datanglah pada waktu 11-1.00tengah hari ke...pastu korang bawalah duit byk². Memang tak cukup rm100. Bolehlah buat stok makanan untuk sebulan.

So, korang waze la Ah Heng Fishery tau...carilah sampai dapat...

Wednesday, April 4, 2018

Kelas Kek Premium


Jeng...jeng...jeng!

Alhamdulillah pada bulan yg lepas Ina telah pergi belajar pelbagai jenis kek premium. Berbelit² nak sebutnya. Jenuh nak ingat nama-namanya.
Kek premium ni memang super delicious ye, menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja. So ini nama-nama keknya.

Pandan Gula Melaka
Tripple Layer Choc Cheese Brownies
Marble Swirl Red Velvet Brownies
Victoria Sandwich Kek