Wednesday, January 31, 2018
SAMBAL BELACAN
Tuesday, January 30, 2018
ITS TIME TO DIET AND CHANGE
Ok post kali ni memang sangat aku perlu buat SESUATU.
Tadi, satu hari aku makan manis je. berat pun kejap naik kjp turun tapi sebenarnya amat membimbangkan aku ialah gula aku tinggi sangat! 12.5!
Oh no!
So...aku pun kebimbangan melampau sampai lepas tu aku terus berbasikal 15minit, lompat2 kjp..sebab aku perlu turunkan berat badan. Almost 80kg beb! 😭
Wakeup Ina!!!
Please CHANGE!!!
U can do this!!!
Ok start harini aku perlu berubah. Aku takmo ada kencing manis di usia yg masih muda.
Please give me some support!😘
Saturday, January 20, 2018
FUDGIE BROWNIES
Minggu kepas dapat tempahan brownies dari jiran. Alhamdulillah jiran suka sangat sampai nak order 25hb ni lagi.
Siapa suka makan brownie? Saya memang suka juga, tapi sejak dah makin berumur ni saya cuba elakkan makanan manis. Memang sedap terutama kalau makan bersama kopi. Memang ohsem.
Resepi brownies memang banyak kalau kita gugel. Tapi saya nasihatkan anda pakailah butter yg berkualiti dan serbuk coklat kalau nak rasanya...haiiissh...asyik terkenang je.Memang lain ye, kalau guna butter berkualiti dengan majerin.
So, bila dah bakar biarlah dia bakar dalam oven tu diam². Jangan sesekali buka oven masa tgh bakar. Atau tukar suhu tetiba..Memang takan jadilah kek anda.
Ok...jom tengok kek saya 😘
Saturday, January 13, 2018
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PELAJAR TAHFIZ IMTAZ
Monday, January 8, 2018
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Sebaknya bila dengar anakanda disebut oleh mudir. Syukur2 sangat!
Wednesday, January 3, 2018
JOM MAKAN KAT FISKE STEAKHOUSE
Monday, January 1, 2018
SANAH HELWAH ANAKKU
Teringat suatu ketika dahulu malam nak new year..saat² genting Aku batuk teruk sangat. Sambil² lipat kain batik...aku teras panas mengalir dari tut aku...eh terkencingbke hapa ni?
Aku pun bangun...panggil mak...
"Mak, apa ni? " aku kehairanan. Rasa nak pitam pun ada.
"Eh... air ketuban ni.." arwah abah tengok..sambil amik kain buruk lapik kerana air ketuban mula turun macam air kencing.
Tetiba air ketuban dah pecah...plooppp!
Gelabah bukan kepalang, suami masa tu masih belajar di Upsi...jauh pulak nak balik.
Pengalam anak pertama...nasib baik ada adik ipar masa tu dan Azilla Sunny tukang bawa g spital dan arwah abah paling tak keruan tengok aku...
Namun Ahamdulillah, semua Allah Taala aturkan dengan baik
Maka lahirlah anak mama Raja Ariiq Arsyam ke dunia di saat orang lain meriah melihat bunga api dan bergembira menyambut tahun baru.
********************
Jumpa bday boy semalam 31.12.2017.
The Only son ..rindu jangan cakap
Hari² rindu... 1.1.2018 hari lahir dia. Sempat buat kek butter untuk kawan² dia je. Budak ni muka bersahaja...mama tau abang gembira mama datang. Mama pun...tapi lelaki kan. Mana nak tunjuk 😭
Mama peluk abang, abang malu. Suruh cium pipi mama, senyum. Dalam hati, Allahuakbar...dah besar anak mama. Dah malu²
Asyik nasihat mama..itu ini...dia pulak syarah kat kita 😁
Jumpa kejap je, makan² lepas tu balik sebab dia kena solat jemaah zohor. Mama kena balik rumah nenek cepat
Terpaksa...
Nenek pun tak sihat
Walau singkat masa kita jumpa sangat² bermakna. Mama jumpa lagi bang ye.. Mama bangga dengan abang
Biarpun abang tak sekolah "biasa" macam anak orang lain
Semoga kita sama² masuk syurga dan abang dapat tarik tangan papa dan mama di "sana"
amiin..abang anak mama yang HEBAT 😍
Selamat hari lahir sayang...Mama dan Papa dan juga adik²...sayang abang!
#01012018 #babynewyear