Pages

Monday, May 21, 2018

TEMPAT PALING HEAVEN CARI MAKANAN LAUT YANG FRESH

Pada hari Ahad yang lepas ina dan adik beradik ina telah pergi ke satu tempat yg paling best kalau nak cari makanan laut fresh.

Lama dah tak singgah kat Kuala Selangor ni. Selalu kitorang memang akan pergi ke Pasar Penambang, tapi kali ni kami singgah di Ah Heng Fishery. Orang cakap memang berbaloi la kalau beli makanan laut kat sini. BAYANGKAN ikan²udang sotong semua la baru je naik dari laut. Fresh kan?

Jarak kami dari Rawang ke sana mengambil masa 35minit je. Kalau dari KL ikut Latar dalam 1jam jugak la. So bila sampai sini jangan terkejut sebab memang banyak anjing sekitarnya. Itu memang satu ketakutan kami la. Tapi buat tak tau je la. Janji dia tak kacau kita kan. Kawasan Chinese jeti ni..memang akan terpesonan masih ada kampung yg masih kita belum terokai.

Kalau nak datang sini jangan datang waktu pagi. Datanglah pada waktu 11-1.00tengah hari ke...pastu korang bawalah duit byk². Memang tak cukup rm100. Bolehlah buat stok makanan untuk sebulan.

So, korang waze la Ah Heng Fishery tau...carilah sampai dapat...

Wednesday, April 4, 2018

Kelas Kek Premium


Jeng...jeng...jeng!

Alhamdulillah pada bulan yg lepas Ina telah pergi belajar pelbagai jenis kek premium. Berbelit² nak sebutnya. Jenuh nak ingat nama-namanya.
Kek premium ni memang super delicious ye, menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja. So ini nama-nama keknya.

Pandan Gula Melaka
Tripple Layer Choc Cheese Brownies
Marble Swirl Red Velvet Brownies
Victoria Sandwich Kek

Monday, March 19, 2018

TERIMA KASIH YANG MENEMPAH KEYCHAIN COMEL NI


Assalamualaikum sahabat yg dikasihi,


Alhamdulillah dah siapkan tempahan keychain yg comel ni dari kawan2 maya di ig dan kawan sekolah.

Friday, February 9, 2018

MALAS Vs. RAJIN


Macamana nak jadi orang yg RAJIN cuci muka dan orang yang RAJIN bersiap hari2?

Simple je, results yg sy dapat adalah hasil drpd keRAJINan sy... tu yg membuatkan sy RAJIN. 

Wednesday, January 31, 2018

SAMBAL BELACAN


Haish...lama sebenarnya tak masak beria-ia. Tapi semenjak kami anak beranak selalu kena cirit-birit. Saya rasa baik saya masak sendiri walaupun hanya ikan goreng dan sambal belacan.


Ok, masakan harini memang simple but ohsem. Sambal belacan antara makanan yg sangat menarik selera. Cuma bila dah start diet , saya makan nasi segenggam tengah hari. Sebelum kul 7 petang sy makan segenggam. Adui, terliur tgk sambal ni lebih² lagi makan dengan ikan goreng yg super duper crunchy. Ikan kembung je pun. Tak sempat snap gambar.


Ok, saya dah check gula dalam darah. Dah turun 10.4. Syukur alhamdulillah...adui...minta² turun lagi sebelum jmp doktor bulan 2 ni. Kang kena makan ubat kencing manis pulak.
Resepi sambal belacan ni sangat mudah. semua boleh buat. Sangat menyelerakan!



Resepi Sambal belacan

Cili merah sebiji
Cili api segenggam
belacan secukupnya
gula 2sudu setengah
garam sedikit
limau kasturi ikut suka..lagi banyak lagi sedap. buang biji ye
kulit limau amik la sikit buat makan pun takpe.

Makan bertambah² la  pasni
Cuba ye 😛




Tuesday, January 30, 2018

ITS TIME TO DIET AND CHANGE

Ok post kali ni memang sangat aku perlu buat SESUATU.

Tadi, satu hari aku makan manis je. berat pun kejap naik kjp turun tapi sebenarnya amat membimbangkan aku ialah gula aku tinggi sangat! 12.5!

Oh no!

So...aku pun kebimbangan melampau sampai lepas tu aku terus berbasikal 15minit, lompat2 kjp..sebab aku perlu turunkan berat badan. Almost 80kg beb! 😭

Wakeup Ina!!!
Please CHANGE!!!
U can do this!!!

Ok start harini aku perlu berubah. Aku takmo ada kencing manis di usia yg masih muda.

Please give me some support!😘

Saturday, January 20, 2018

FUDGIE BROWNIES

Minggu kepas dapat tempahan brownies dari jiran. Alhamdulillah jiran suka sangat sampai nak order 25hb ni lagi.

Siapa suka makan brownie? Saya memang suka juga, tapi sejak dah makin berumur ni saya cuba elakkan makanan manis. Memang sedap terutama kalau makan bersama kopi. Memang ohsem.

Resepi brownies memang banyak kalau kita gugel. Tapi saya nasihatkan anda pakailah butter yg berkualiti dan serbuk coklat kalau nak rasanya...haiiissh...asyik terkenang je.Memang lain ye, kalau guna butter berkualiti dengan majerin.

So, bila dah bakar biarlah dia bakar dalam oven tu diam². Jangan sesekali buka oven masa tgh bakar. Atau tukar suhu tetiba..Memang takan jadilah kek anda.

Ok...jom tengok kek saya 😘